Kelab SFT Bantu Pertubuhan Anak-anak Yatim


Gambar: Ahli-ahli kelab SFT bergambar kenangan bersama anak-anak yatim

Baling-

Sempena bulan Ramadhan baru-baru ini, kelab SYM Fans Team (SFT) telah mengadakan konvoi bermula dari Petronas Seberang Jaya, Pulau Pinang ke negeri Jelapang Padi untuk menyalurkan bantuan hari raya kepada anak-anak yatim di daerah Baling.

Pengerusi Kelab SFT, Ku Salim Ku Long berkata, konvoi yang melibatkan sebanyak 35 buah motosikal skuter Sanyang Motor (SYM) ke daerah Baling adalah bertujuan untuk menyalurkan bantuan baju raya dan duit raya kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim Nur Hidayah.

“Kelab SFT memilih Pasaraya Billion di Daerah Baling untuk membenarkan seramai 20 orang anak-anak yatim dari pertubuhan memilih sendiri warna baju raya yang menjadi idaman hati.

“Hasil kutipan dan sumbangan sejumlah wang dari ahli-ahli kelab SFT turut disalurkan kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim Nur Hidayah untuk dibelanjakan setiap hari.

“Ia menjadi harapan kami untuk melihat anak-anak yatim di pertubuhan ini dapat beraya dengan penuh kegembiraan pada hari raya nanti.

“Setelah membuat perbincangan bersama ahli-ahli kelab SFT, Pertubuhan Anak-anak Yatim Nur Hidayah perlu diberikan bantuan seperti ini berikutan keadaan pertubuhan mereka yang agak serba kekurangan.

“Kekurangan dalam diri kita bukan satu penghalang, kita perlu berjuang untuk meneruskan kehidupan.” Katanya semasa ditemui di Pasaraya Billion.


Gambar: Sebahagian anak-anak yatim sedang memilih kasut baru.

Tambahnya lagi, bantuan yang diberikan ini sebenarnya akan dijadikan pemangkin kepada lebih banyak aktiviti yang akan dilaksanakan selepas ini.

“Bantuan ini merupakan salah satu aktiviti dalam usaha kita menggalakkan lagi kegiatan bagi seluruh ahli untuk kita sama-sama memajukan lagi kelab SFT.

“Amat diharapkan agar aktiviti seperti ini dapat dijadikan contoh teladan kepada semua lapisan masyarakat.” Ujarnya.

Turut diadakan pada program berkenaan ialah majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Kampung Sadek dekat Baling.

Majlis yang penuh bermakna ini turut dihadiri oleh Pengurus Kedai Kent-Win Motor, T.T Lim dan Pengurus Kedai 77, May Law.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan