Promosi

Promosi
Honda City Tak Sempat Ke Cyprus


Gambar: AZIS (kanan) melihat sebahagian daripada 25 buah kereta Honda City curi yang dirampas pada sidang akhbar di Pelabuhan Klang semalam.

Pelabuhan Klang–

Usaha keras Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor menjejaki baki lima buah kontena yang sarat dengan 25 buah kereta Honda City curi untuk diseludup ke Cyprus melalui Israel membuahkan hasil apabila kesemua kenderaan itu dapat dirampas semula baru-baru ini.

Kesemua kereta bernilai RM2 juta itu tiba di sini melalui Pelabuhan Barat pada pukul 11.30 malam 27 Julai lalu.

Difahamkan, sebelum itu, kesemua kontena tersebut dikesan berada di Haifa, Israel selepas JKDM membongkar penipuan borang kastam yang mengisytiharkan kereta itu sebagai perabot pada 26 Jun lalu.

Pengarah JKDM negeri, Datuk Azis Yacub berkata, pihaknya yang mendapat kerjasama dengan sebuah syarikat perkapalan telah mengarahkan kontena itu dihantar pulang.

Katanya, seorang lelaki berusia 35 tahun turut ditahan untuk membantu siasatan.

“Siasatan mendapati sindiket merancang untuk mengeksport sebanyak 50 buah kereta curi ke Cyprus tetapi hanya 25 yang berjaya diseludup keluar,” katanya.

Tambahnya, kontena berkenaan terlepas untuk diimbas kerana pihaknya melakukannya secara rawak berikutan sebanyak 4,000 kontena tiba di sini setiap hari.

Tiada ulasan