Barang Kemas Guna Kulit Ikan Pari



Gambar: Seorang model menunjukkan barang kemas terbaharu Suhara Jewel Art di Kuala Lumpur semalam.

Kuala Lumpur-

Suhara Jewel Art, jenama barang kemas tempatan, memperkenalkan koleksi barang kemas terbaharunya, Pari-Pari yang menggunakan kulit ikan pari sebagai bahan utama.

Ia terdiri daripada pelbagai reka bentuk gelang, cincin, subang dan rantai hasil rekaan bekas model terkenal yang juga merupakan Pengasas dan Pengarah Kreatif Suhara Jewel Arts, Suhara Omar Leitenbauer.

Menurut Suhara, kulit ikan pari bukan sahaja mempunyai tekstur yang menarik dan kukuh, malah ia telah digunakan sejak zaman dahulu lagi untuk membuat baju perisai dan alas pemegang pedang.

"Selain itu, ia juga merupakan bahan yang mesra alam yang mana ikan pari juga bukan merupakan spesis yang terancam dan ia ditangkap untuk mendapatkan dagingnya, bukan kulit.

"Dengan membeli kulit ikan pari daripada nelayan, kami turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi golongan tersebut," katanya pada majlis pelancaran Pari-Pari yang diadakan di sini baru-baru ini.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan