SFT Sertai Karnival 'Jom Cegah Jenayah' Bersama PDRM



Butterworth-

Pelbagai usaha telah dilakukan pihak berkuasa negara ini untuk meningkatkan kesedaran masyarakat setempat mengenai kepentingan mencegah jenayah dan menjaga keselamatan.

Karnival anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama sebulan di Pulau Pinang bertemakan ‘Jom Cegah Jenayah’ adalah bertujuan menanam sikap menjaga keselamatan dikalangan rakyat.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, karnival itu antara lain bertujuan mengeratkan kerjasama dikalangan anggota PDRM dan masyarakat khususnya di Pulau Pinang.

“Kerjasama merupakan pemangkin utama dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk sentiasa terjamin, selain mencegah dan membendung gejala tidak sihat.

“Ini merupakan usaha berterusan antara kedua-dua pihak iaitu masyarakat dan PDRM.”Katanya pada majlis perasmian karnival tersebut dekat hentian Rawat dan Rehat (R&R) dekat Bagan Ajam.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapan yang dibacakan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Zahruddin Abdullah.

Karnival ‘Jom Cegah Jenayah’ anjuran bersama Rapid Penang, Celcom dan Telekom Malaysia telah mendapat kunjungan meriah oleh penduduk setempat.

Ayub berkata, karnival ini turut mempamerkan muzium polis bagi mengimbau sejarah kepolisian di Malasyia dan pengunjung berpeluang memenangi hadiah misteri.

Karnival anjuran PDRM turut mendapat sokongan dari Kelab motosikal skuter kuasa tinggi Sanyang Motor Fans Team (SFT) dan Kelab kereta Ferrari.

Pengerusi Kelab SFT, Ku Salim Ku Long berkata, sebanyak 43 buah motosikal skuter kuasa tinggi Sanyang Motor (SYM) telah terlibat dalam aktiviti konvoi bersama PDRM untuk mengedar risalah cegah jenayah kepada orang ramai.

“Konvoi yang bermula dari IPK Pulau Pinang berhenti seketika dibeberapa buah pasaraya sekitar Pulau Pinang untuk mengedar risalah cegah jenayah.

“Aktiviti konvoi edar risalah cegah jenayah berakhir di hentian Rawat dan Rehat (R&R) Bagan Ajam, setelah berkonvoi ke Pasaraya Econsave dekat Nibong Tebal, dan Pasaraya Sunway Carnival dekat Seberang Jaya.” Katanya.

Tambahnya lagi, tindakan PDRM mengadakan karnival ini merupakan satu perkara yang disegani selain dapat mendengar masalah dan keluhan masyarakat mengenai jenayah yang sering berlaku di Pulau Pinang.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan