MAAF Cakap! : BERSIH



Media Wahana (MW) telah membuat analisis mendalam mengenai satu perhimpunan BERSIH 2.0 oleh Pakatan Rakyat.

BERSIH pada asalnya di tentang habis-habisan oleh pelbagai pihak termasuk Kerajaan BN dan UMNO yang sedang memerintah sekian lama.

Persoalan yang sedang bermain di minda sekarang adalah kenapa Najib yang merupakan Perdana Menteri Malaysia telah melarang Himpunan BERSIH dilakukan. Sebaliknya beliau telah membenarkan BERSIH membuat himpunan di Stadium.

Stadium Merdeka merupakan pilihan stadium yang dipilih Pakatan Rakyat untuk berhimpun dan telah di persetujui oleh Perdana Menteri Malaysia. Walaupun begitu, setelah Himpunan BERSIH dibenarkan oleh Perdana Menteri namun Baju-T BERSIH masih di haramkan oleh pihak Polis (PDRM).

Keraguan yang sedang bermain di minda sekarang ialah, kenapa Himpunan BERSIH yang dibenarkan oleh Perdana Menteri Malaysia tetapi masih tidak dibenarkan oleh Polis?.

Kenapa perkara sedemikian berlaku di negara kita yang aman dan damai.

Himpunan BERSIH oleh penyokong Pakatan Rakyat hanyalah untuk menuntut Pilihan Raya yang adil dan bersih. Bukan untuk mencetuskan pergaduhan dan peperangan dalam negara sendiri.

Sebagai sebuah parti kerajaan yang memerintah negara (UMNO & BN), kenapa mereka harus menganggu himpunan BERSIH yang hendak dilakukan dengan aman seperti yang telah dijanjikan bersama Najib?

MW memohon jutaan kemaafan andai terkasar bahasa dari ayat diatas dan dibawah. Ini adalah persoalan yang sedang bermain di minda rakyat dan MW.
9 PERSOALAN BERSIH:

1. Apakah negara kita sedang di pimpin oleh POLIS? atau Najib yang mengamalkan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"?

2. Sekiranya "Rakyat Didahulukan", kenapa rakyat tidak boleh bersuara?

3. Sekiranya Najib membenarkan BERSIH, kenapa POLIS haramkan BERSIH?

4.Sekiranya Najib memerintah negara, kenapa Polis seperti sedang mengambil alih tugas PM?

5. Kenapa Pemuda UMNO mahu berkumpul ke Stadium Merdeka? Apakah tindakan ini tidak akan mencetuskan pergaduhan? Apakah tujuan himpunan Pemuda UMNO?

6. Kenapa PERKASA juga hendak mengadakan himpunan di tempat yang sama?

7. Sekiranya PDRM menghormati keputusan pemimpin negara (PM), mereka juga akan menghormati Rakyat. Bukan nak salahkan PDRM, tetapi PDRM harus bertindak dengan profesional dan memuaskan keselesaan rakyat. Tindakan PDRM akan membuat rakyat berasa negara tidak aman.

8. Apakah tindakan PDRM ini akan menyelesaikan masalah?

9. Apakah tindakan Najib membenarkan Himpunan BERSIH di Stadium Merdeka hanya permainan politik? kerana PDRM tidak membenarkan himpunan BERSIH diteruskan, jalan disekitar KL ditutup. Kenapa Najib tidak tampil menghalang Polis berbuat demikian?
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan