Fahami Intipati Titah Agong


SEBERANG JAYA-

Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) menyatakan taat setia dan menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tanpa berbelah bagi menyatakan sokongan terhadap saranan dan nasihat berkaitan himpunan aman Bersih 2.0.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, Naib Ketua 1 AMKPP, Syed Mikael Rizal Aidid berkata, seluruh rakyat Malaysia, termasuklah kerajaan dan pihak polis harus memahami intipati gesaan baginda tersebut.

"Kami dengan ini menyarankan supaya perdebatan, perang mulut serta usaha memperlekehkan himpunan ini oleh media massa dan juga blog, facebook serta twitter harus segera dihentikan.

"AMKPP juga menyokong penuh usul Pakatan Rakyat (PR) agar panitia penganjur himpunan aman Bersih 2.0 mengadap sembah Yang di-Pertuan Agong, bagi menjelaskan matlamat murni himpunan aman rakyat Malaysia sepertimana yang dicadangkan pada 9 Julai nanti.

"Sehubungan itu, kami juga menyeru semua pihak supaya patuh dengan saranan baginda agar diadakan rundingan sebagai jalan penyelesaian, terutamannya PDRM dan SPR bagi menangani masalah ini secara bijak dan rasional serta berfikiran matang tanpa prejudis," katanya lagi.

Syed juga berkata, keprihatinan baginda dalam mendengar rintihan rakyat membuktikan isu ini mendapat perhatian utama dan menjadi fokus semua pihak dalam negara ini untuk diselesaikan dengan cara aman dan bijak.

Harakahdaily-

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan