Promosi

Promosi
Bebas Hadi 24 Jam Atau PAS Himpun Di Bukit Aman

KUALA LUMPUR:

PAS menuntut supaya Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dibebaskan segera sebelum satu juta ahlinya turun berkampung ke Bukit Aman.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dalam sidang medianya menuntut Abdul Hadi dibebaskan dalam masa 24 jam sebelum ahli-ahli PAS dari seluruh pelusuk negara datang berhimpun di Bukit Aman.

(Abdul Hadi berbaju kuning dalam trak polis dan dibawa ke Balai Polis Jinjang bersama tahanan yang lain sebelum di bawa ke IPK KL)

Abdul Hadi ditahan polis di KL Sentral bersama setiausaha politiknya, Dr Shamsuri Mokhtar dan dibawa naik ke trak polis.

Beliau kemudiannya di bawa ke Balai Polis Jinjang.

Dari sana, Abdul Hadi dimaklumkan dibawa ke IPK Kuala Lumpur oleh sebuah kereta polis.

Selain Abdul Hadi, turut ditangkap adalah lebih 500 peserta perhimpunan termasuk pemimpin kanan Bersih dan Pakatan Rakyat di samping Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

Mohamad Sabu, Datuk S Ambiga, Azmin Ali, Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Tian Chua dan lain-lain turut ditangkap.

(Khalid Samad terpaksa menerima enam jahitan selepas terkena botol gas pemedih mata yang ditembak ke arahnya)

Datuk Seri Anwar Ibrahim cedera dalam pergelutan dengan pihak berkuasa yang mahu menangkapnya dan dihantar ke Hospital Pantai.

Pengawal keselamatannya turut cedera dalam pergelutan ini.

Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut cedera apabila terkena botol gas pemedih mata yang ditambak pasukan keselamatan.

Tiada ulasan