Moto SYM Berjaya Tempuhi 1680 Selekoh Tajam Tanpa Henti


DUA SAHABAT CIPTA REKOD BARU SYM
Bayan Baru -
Berkonvoi sering kali dikaitkan dengan sebuah kelab permotoran yang bergerak dalam kumpulan kecil mahupun besar. 

Bagi dua orang individu yang menunggang motosikal SYM VTS200 dan Evo250i tidak pernah gentar mengadakan konvoi dari Pulau Pinang ke Thailand tanpa bantuan ‘back up’ mekanik oleh Syarikat Sanyang Motor (SYM) yang berpusat di Bukit Mertajam.

Prathip berkata, ini merupakan kali pertama beliau mengadakan konvoi ke Thailand bermula dari Pulau Pinang tanpa meminta bantuan ‘back up’ mekanik oleh syarikat SYM yang sering memberi bantuan ‘back up’ kepada kelab-kelab permotoran SYM di seluruh Malaysia.


“Pada mulanya agak gementar untuk mengadakan konvoi ke Thailand kerana hanya saya dan rakan sahaja yang terlibat dalam aktiviti ini. 

“Kerana minat berkonvoi perjalanan yang jauh, saya dan Rosli mengambil masa selama 10 hari untuk menguji dan mencipta rekod baru menggunakan motosikal SYM.

“Berkonvoi sejauh 5000kilometer bukanlah satu perkara yang pelik, tetapi berkonvoi sejauh itu tanpa bantuan ‘back up’ yang harus dijadikan contoh ikutan dan dibanggakan sebagai pengguna motosikal SYM.

“Perjalanan dari Pulau Pinang ke Thailand, Thailand ke Pulau Pinang hanya memerlukan RM600 untuk isian minyak petrol RON97.


“Setelah di campur, tolak, darab dan bahagi, motosikal SYM Evo250i dan VTS200 hanya menggunakan RM25 untuk 300kilometer jarak perjalanan. Perkara ini terbukti motosikal SYM mampu memberi kepuasan penjimatan minyak yang memuaskan kepada penggunanya.

“Motosikal SYM yang ditunggang ke Thailand juga tidak mengalami sebarang kerosakan yang besar malah telah berjaya membuktikan bahawa SYM merupakan motosikal Taiwan yang berkualiti berbanding motosikal lain.” Katanya semasa ditemui di sebuah kedai pengedar motosikal SYM dekat Bayan Baru.

Tambahnya lagi, kos perjalanan yang tidak melebihi RM2000 telah memberi kepuasan kepada beliau untuk berkonvoi ke Thailand tanpa bantuan ‘back up’ mekanik oleh SYM.

“Menunggang motosikal ke bukit Mae Hong Son, Thailand bukanlah satu perkara yang mudah. Disana, saya telah berjaya menempuh 1680 selekoh tajam tanpa henti yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana kelab permotoran.

“Selalunya orang ramai akan mengatakan jika melalui 10 selekoh tajam sahaja mereka akan berasa mual dan ada yang akan rasa pening kepala.

“Tetapi kami telah berjaya membuktikan kepada orang ramai bahawa motosikal SYM mampu melalui 1680 selekoh tajam tanpa henti. Ini sekaligus mencipta rekod pertama SYM yang belum pernah mana-mana individu atau kelab permotoran melalui ribuan selekoh tajam tanpa henti.” Katanya.

Pengedar Motosikal SYM cawangan Bayan Baru, T.T Lim ketika ditemui berkata kejayaan Prathip dan Rosli berkonvoi ke Thailand tanpa sebarang bantuan wajar dicontohi oleh semua orang.

“Kepada sesiapa yang tidak yakin mengenai kualiti produk taiwan yang masih baru di Malaysia, sudah tiba masanya untuk anda tukar motosikal atau membeli motosikal baru SYM.

“Perkara ini telah terbukti bahawa motosikal SYM tidak mempunyai sebarang masalah malah barang gantian juga telah tersedia ada di seluruh Malaysia seperti cendawan tumbuh selepas hujan.” Katanya.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

11 Komen :

  1. rasanya dah ramai yang buat non stop dari chiang mai-mae hong son-chiang mai.
    satu lagi, memang dah ada SYM 200 yang sampai ke mae hong son pada March lalu.

    =)

    BalasPadam
  2. saya rasa mereka ini dr forumer NEC, yg telah ride sampai ke laos, manakala sym200 itu menunggang berdua(suami isteri), mereka menunggang memasuki selekoh 1000corner melalui mae sot, tahniah untuk mereka bertiga dr saya ( zoolsym)..

    BalasPadam
  3. hahaha....yer jer org pertama....kena check betol2 dulu bru bleh declair org pertama @ x...

    BalasPadam
  4. declare bukan declair..hahahah

    BalasPadam
  5. aku hari-hari ride secara solo dari p.buntar ke pulau pinang (100km/hari X 30hari = 3000km sebulan)jauh tu...

    BalasPadam
  6. hahaha..org pertama ke kedua ke..x kesah...mereka dah sampai situ..tapi saya masih dalam perancangan..bila hajat nak sampai nie..hehehe...

    BalasPadam
  7. xde geng ke pakai maxsym di kota bharu? blh jgk buat konvoi n tukar2 pendapat...

    BalasPadam
  8. jom maxsym kb...tts....

    BalasPadam
  9. http://roslisulaiman722.blogspot.com/search/label/mae%20hong%20son%281000corners%29

    BalasPadam
  10. wah..hebat! ada tak kaum hawa mcm saya nak konvoi,nak joinn..saya pakai SYM 250T2...berulang alik dr rumah ke sekolah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jum la folo ride 1K corner dec2016

      Padam