Kedah tidak pernah pinggir pembangunan

ALOR SETAR-

Dengan termeterinya perjanjian pembangunan antara Bina Darulaman Berhad (BDB) dan Belleview Bina Sdn Bhd semalam, jelas membuktikan Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak pernah meminggirkan pembangunan untuk dilaksanakan.

Perjanjian yang ditandatangani itu juga mencatat sejarah apabila sebuah konominium yang merangkumi dua blok bangunan yang dinamakan sebagai Kondominium Amansuri di atas tanah seluas 1.47 hektar akan disiapkan menjelang 2014.

Bangunan setinggi 22 tingkat dan 25 tingkat yang menelan kos sebanyak RM110 juta itu juga, akan menjadi mercu kejayaan pentadbiran Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat.

Projek yang akan dimulakan pada November tahun ini juga merupakan antara usaha kerajaan negeri memanfaatkan tanah yang tidak diusahakan sejak 16 tahun yang lalu semasa Kedah diterajui oleh Barisan Nasional lagi.

Sementara itu sebuah lagi projek pembangunan Plaza Tunku Yaakob yang turut ditinggalkan tanpa diusahakan sejak 30 tahun yang lalu, turut mendapat komitmen dari kerajaan negeri apabila proses pengambilalihan tanah dan perkara berkaitan sedang rancak dilaksanakan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, mengulas perkara ini semasa membuat kunjungan ke lokasi projek semalam berkata, projek tersebut sepatutnya mula dilaksanakan pada akhir tahun lalu.

"Namun begitu, ia tidak dapat dilaksanakan kerana beberapa perkara bersangkutan yang belum diselesaikan. Walau bagaimana pun, kita telah pun berada pada peringkat pengambilalihan tanah kini.

"Ini juga membuktikan kerajaan negeri sentiasa peka dan melaksanakan pembangunan bagi negeri Kedah sejajar dan selaras dengan perkembangan terkini tanpa meminggirkan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat," ujarnya lagi.

Menurut beliau lagi, yang lebih diutamakan ialah keuntungan bukan saja dapat digarap oleh para pelabur dan kerajaan negeri dalam pembikinan projek yang mereka bangunkan, tetapi juga manfaatnya dapat dikecapi bersama oleh rakyat negeri ini.

Harakahdaily-

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan