Tiada diskriminasi sedia kemudahan untuk rakyat

GEORGETOWN-

Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah mendiskriminasi mana-mana rakyat untuk mendapatkan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan negeri.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menggesa kerajaan negeri supaya bersikap adil kepada semua rakyat dalam melaksanakan perkhidmatan Wifi percuma kepada rakyat negeri ini.

Menurut Lim lagi, selama ini kerajaan negeri pimpinan beliau tidak pernah mengamalkan pilih kasih dalam menyediakan kemudahan Wifi percuma kepada rakyat negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri melaksanakan perkhidmatan Wifi percuma ini kepada majoriti kawasan di seluruh negeri tanpa mengira fahaman dan ideologi politik mereka.

“Walaupun ia adalah kawasan BN, kita tetap memberikan perkhidmatan yang sama. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kita tidak membezakan mana-mana pihak,” katanya.

Katanya, kemudahan tersebut tidak terhad kepada kawasan bandar ataupun luar bandar, lokasi pemasangan pula bergantung kepada lokasi tumpuan ramai yang sesuai atau mempunyai persekitaran yang mendokong penggunaan internet dan bukannya berdasarkan sokongan politik.

Lim yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan turut menyatakan sehingga kini perkhidmatan Wifi percuma itu telah pun meliputi 750 lokasi di bahagian pulau dan juga tanah besar di Seberang Perai.

Sebelum ini BN mendakwa tiga kawasan yang bukan menjadi milik PR iaitu Parlimen Tasek Gelugor, Kepala Batas dan Nibong Tebal tidak menerima kemudahan tersebut dan ianya bermotifkan politik.

harakahdaily-

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan