Pelajar Malaysia Diacu Pistol?



Pengalaman diacukan pistol ke kepala ketika berada di Mesir bakal menjadi sejarah yang tidak akan dilupakan seumur hidup kepada seorang pelajar tahun pertama jurusan pergigian Universiti Al-Azhar.

Siti Nabilah Mohd. Azaman, 20, memberitahu, kejadian menakutkan itu berlaku ketika dia dan empat rakannya keluar ke kedai berhampiran untuk menambah nilai prabayar telefon bimbitnya bagi menghubungi keluarga di tanah air.

"Sedang kami berjalan kaki menuju ke kedai, kami terkejut apabila seorang warga tempatan yang tidak dikenali mengacukan pistol ke kepala kami dan menyuruh kami pulang ke rumah.

"Tanpa melengahkan masa kami yang ketakutan terus berlari pulang."ceritanya sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan