Promosi

Promosi
My Balik Pulau Bukan Kerja Pakatan

GEORGETOWN-

Belum reda dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan ke atas kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng oleh Barisan Nasional (BN), kini satu lagi dakwaan berunsur fitnah telah dilemparkan membabitkan pengedaran risalah yang dikenali sebagai 'My Balik Pulau'.

Risalah yang dicetak dalam versi tiga bahasa itu juga menggambarkan bahawa Balik Pulau bukan dibuka oleh orang Melayu. Ia juga memaparkan ilustrasi yang memberi penghinaan terhadap orang Melayu di situ.

Selain dari itu, risalah tersebut juga didakwa mengandungi fakta sejarah yang tidak tepat dan diragui kebenaran yang terkandung di dalamnya.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, risalah tersebut bukannya dikeluarkan oleh kerajaan negeri yang ada sekarang.

"Di dalam risalah tersebut terdapat logo pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Pulau Pinang. Ia juga mencatatkan penghargaan kepada beberapa nama yang tergolong sebagai pimpinan Umno.

"Apa yang menghairankan kenapa logo kerajaan negeri Pulau Pinang turut diletakkan di dalam risalah tersebut tanpa kebenaran kita sebagai pemerintah dalam negeri ini. Ini adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab pihak-pihak yang terlibat," ujarnya lagi.

Malah Lim dalam kenyataan beliau pada 2 Februari yang lalu juga menyatakan kerajaan negeri tidak ada kena mengena dengan penerbitan maupun kesalahan fakta yang terkandung dalam risalah tersebut.

Beliau juga meminta supaya Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong, Muhammad Farid Saad, supaya meminta maaf dan menarik balik segala tuduhan rasis dan perkauman membabitkan pengedaran risalah itu yang telah dilemparkan terhadap kerajaan negeri sebelum ini.

Kata Lim lagi, tempoh seminggu diberikan kepada Muhammad Farid untuk berbuat demikian.

Menurutnya, sekiranya permohonan maaf tidak diterima dalam tempoh tersebut maka kerajaan negeri akan mengambil tindakan yang sewajarnya selepas itu terhadap beliau.

harakahdaily-

Tiada ulasan