Rumah Sejahtera Lindungi Kanak-kanak Terbiar




BERI PEMBELAAN & PERLINDUNGAN KEPADA MASYARAKAT

PENDANG -

Golongan yang tidak bernasib baik seperti kanak-kanak yang hidup terbiar tanpa tempat tinggal yang sempurna akan diberi pembelaan yang sewajarnya oleh Kerajaan Negeri Kedah apabila rumah perlindungan yang akan dikenali sebagai Rumah Sejahtera diwujudkan tidak lama lagi.Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Kedah, Siti Aishah Ghazali selepas merasmikan sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia peringkat negeri Kedah di Dewan Majlis Daerah Pendang, semalam.

Menurut beliau lagi, usaha kearah mewujudkan tempat perlindungan ini kini berada dalam proses perbincangan.

"Insya Allah, ia akan dilaksanakan tidak lama lagi pada tahun 2011 yang akan datang. Rumah Sejahtera tersebut telah dikenal pasti di bandar Alor Setar untuk dijadikan sebagai pusat perlindungan sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri memberi pembelaan yang sewajarnya kepada golongan yang memerlukan.

"Selain dari kanak-kanak terbiar, mereka yang terlibat dalam penderaan akan turut diberi perlindungan supaya masa depan mereka terjamin bagi melahirkan seorang insan yang berguna bukan saja kepada individu tersebut, bahkan kepada masyarakat, agama dan juga negara," ujarnya lagi.

Katanya lagi ketika ini perancangan sedang dilakukan bersama-sama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah. Di samping itu kerja-kerja pengubahsuaian perlu dilaksanakan kerana masih terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum operasi dimulakan tidak lama lagi.

Beliau yang juga merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah yakin dengan kewujudan rumah perlindungan seumpamanya dapat memberi pembelaan dan perlindungan kepada sebahagian besar dari golongan masyarakat yang sememangnya memerlukan pembelaan terhadap nasib mereka khususnya yang terbiar.

harakahdaily-

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan