Promosi

Promosi
Maya - Yusri Bermesra




'MENGAKU KELUAR BERDUA-DUAAN' : MAYA

Meskipun menidakkan hubungan cinta mereka, namun Maya Karin dan Yusri nampak mesra dan saling berbisik pada Majlis Kesyukuran Magika di KRU Studio. LF90 bukannya nak ambil tahu sangat hubungan cinta selebriti ni, tapi bila dah bekerja dalam industri hiburan, cerita cinta dan skandal artis ni memang selalu singgah di telinga.

Maya mengaku ada keluar berdua-duaan dengan Yusri di mana ada peminat nampak keduanya berpegangan tangan dan kelihatan sangat romantik. Namun kata Maya tak mungkin mereka bercinta sebab sudah hampir enam tahun berkawan dan sukar untuk menukar perasaan itu kepada cinta.

Kata Maya lagi, selepas bercerai dia lebih selesa bersendirian dan fokus kepada diri sendiri.

Dalam pada berborak tu, sempat juga Norman mencelah mengatakan dia setuju sekiranya Maya menjadi adik ipar. Dah ada tanda-tanda baik tu. Abang Long pun dah bagi lampu hijau.

Lagipun apa salahnya, kedua-duanya pernah mengalami sakit perpisahan, tentunya akan saling memahami apa yang diperlukan untuk membina rumahtangga yang rukun.

Apa yang best pasangan ini tak menolak apabila diminta bergambar bersama.

Tiada ulasan