Rohaya & Abu Bakar Perkenal Produk Baru




Bukit Mertajam, Pulau Pinang-

Perniagaan Rohaya dan Abu Bakar yang terletak diPermatang Batu, Bukit Mertajam telah memulakan perniagaan mereka sejak tahun 1985. Syarikat ini aktif menjalankan aktivi penyediaan sos cili, kicap, cuka, dan sebagainya.


Hal ini dapat kita saksikan bahawa kebanyakkan syarikat bumiputra kini bersaing dengan syarikat bukan bumiputra bagi mendapatkan keuntungan.


Pemilik syarikat, Abu Bakar Ayub ketika ditemubual berkata “pada zaman dahulu, selepas waktu persekolah, saya akan bekerja disebuah kilang membuat sos diButterworth.


“Sejak itu lah, timbulnya minat untuk saya membuka perniagaan sendiri. Disamping itu, saya dapat menggunakan pengalaman yang ada semasa bekerja dahulu untuk memajukan perniagaan saya sekarang. Modal yang saya perlukan bagi memulakan perniagaan ini adalah sekitar RM50.”


Jelas beliau, syarikat kini mempunyai kekuatan pekerja seramai 25 orang. Pekerja lelaki ditugaskan untuk mengepak barang didalam stor dan membawa lori. Manakala pekerja perempuan ditugaskan untuk mengepak barang dan mengisi sos cili, kicap dan sebagainya kedalam botol yang disediakan. Semua barang yang telah dipak, akan dihantar ke kedai runcit, kedai borong, kedai makan dan sebagainya.


Hujah Beliau lagi, “Hasil dari jualan yang kami lakukan akan membawa keuntungan sebanyak RM300 ribu sebulan. Oleh itu, gaji akan diberikan kepada pekerja-pekerja mengikut pengalaman yang mereka ada. Syarikat ini beroperasi seawal jam 8 pagi hingga 5 petang. Pekerja-pekerja yang hendak membuat kerja lebih masa dibenarkan bekerja sehingga jam 10 malam sahaja.”


Muhamad Zaki ketika ditemubual berkata, “Penyediaan sos cili dan kicap mengambil masa selama 2 jam. Bermula dari penyediaan bahan sehingga la siap dipak. Sehubungan itu, Susu Kambing keluaran syarikat Rohaya dan Abu Bakar bakal memasuki pasaran Medan, Indonesia pada pertengahan bulan november nanti.


“syarikat saya kini berdepan dengan masalah bahan mentah. Antaranya adalah masalah gula. Masalah gula ini memang tidak pernah selesai sejak dahulu lagi. Walaupun harga gula mahal, tapi bahan susah didapati.”


Hujah beliau lagi, “setiap kali timbul sahaja isu gula, kilang gula akan kata gula cukup. Isu gula ini sudah berlarutan sejak 3 atau 4 bulan yang lalu. Disamping itu, ia memberi kesan yang mendalam kepada syarikat saya kerana terpaksa menghentikan operasi masakan selama 2 hari berikutan masalah kekurangan gula.”


“masalah gula ini bukan syarikat saya sahaja yang menerima kesannya, malah semua syarikat yang menggunakan gula turut merasai kesannya. Syarikat saya memerlukan 40 tan gula sebulan, tetapi saya hanya menerima 10 hingga 15 tan gula sahaja.“


Hujahnya lagi, “walaupun menerima tempahan yang banyak, ia tetap tidak boleh diselesaikan kerana isu gula tidak pernah selesai. Hal ini telah merugikan semua pihak.


“Saya mohon kepada pihak kerajaan agar mengambil berat terhadap isu ini. Hal ini memberi cabaran kepada semua pengusaha bumiputra untuk maju kerana kami tidak ada kekuatan, tambahan pula masalah kewangan memang menjadi isu utama semua pengusaha bumiputra."


Muhamad Zaki menegaskan bahawa syarikatnya kini mula meneroka dan memasarkan produk minuman pertama keluaran Mr. Burn iaitu ‘Minuman Khasiat Bertenaga Malt Coklat’. Produk minuman tersebut kini telah berada dipasaran dan dijual pada harga RM10 untuk 1kilogram (kg).


“Mr. Burn ialah nama yang dipilih untuk mengeluarkan produk minuman pertama kerana menghargai jasa pemilik syarikat iaitu Abu Bakar Ayub kerana telah berkhidmat sekian lama. Disamping itu, dengan menggunakan nama Mr. Burn, ia dapat memajukan perniagaan Rohaya dan Abu Bakar disemenanjung Malaysia”. Jelas beliau.


Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 Komen :

  1. Assalamualaikum; Tahniah diatas kejayaan syk Rohaya dalam produk sos, jadi disini saya ingin minta pendapat dari pihak saudara. Yg mana saya ada mengeluar produk minuman berperisa. Setakat ini saya hanya membekal kepada restoran RFC di Kuantan, Sg Buluh dan Shah Alam. Yg mana produk keluaran saya boleh juga dibotol dlm satu liter. untuk saudara ketahui lebih lanjut layari wanrosli885@gmail.com Untuk maaluman saya tinggal di sg lalang sg petani, Saya berhajat untuk menemui saudara untuk mohon bantuan khidmat nasihat cara mana untuk memasarkan produk saya lebih lanjut.

    BalasPadam