Pendakwaan Najib bukan motif politik

GEORGETOWN - Pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan bermotif politik.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin berkata, siasatan yang dibuat adalah berdasarkan dakwaan salah guna kuasa dan salah laku dalam pentadbiran beliau.

"Berbeza kalau kata ia bermotif politik atau dakwaan kes jenayah. Negara ini mempunyai undang-undang dan perlembagaan.

"Sesiapa saja sama ada perdana menteri mahupun bekas perdana menteri akan berhadapan dengan tindakan undang-undang jika didapati melakukan jenayah atau kesilapan.

"Mesej ini jelas dan rakyat Malaysia harus tahu bahawa tiada ada sesiapa yang kebal daripada undang-undang," katanya.

Menurutnya, terpulang kepada pihak pembangkang jika beranggapan ia sebagai motif politik ataupun sebaliknya.

"Jelas ini adalah satu kes jenayah yang dilakukan oleh seorang warga negara Malaysia yang tidak kebal daripada undang-undang negara," katanya.

Sebelum ini, jurucakap kepada bekas Presiden Umno itu mendakwa penahanan Najib adalah bermotifkan politik.

Jelasnya, ia seolah-olah bersifat dendam oleh kepimpinan Pakatan Harapan yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan