SYM, Media Wahana Adakan Konvoi Bermotosikal


Gambar: Peserta konvoi bergambar kenangan bersama Pengurus Pasar Raya Tesco Extra Sungai Dua, Yeoh (tengah)

Bukit Mertajam -
Syarikat MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. telah sebulat suara setuju menjalinkan kerjasama dengan blogger Media Wahana untuk mengadakan konvoi bermotosikal mengelilingi semenanjung Malaysia menggunakan motosikal skuter Sanyang Motor (SYM) mulai 15 Oktober yang lalu.

Seramai 10 peserta yang berumur antara 17 hingga 21 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Tok Jaya, Pulau Pinang, Universiti Teknologi Mara, Pulau Pinang dan Kolej Komuniti Jerai, Kedah telah terlibat dalam akitiviti konvoi ini.

Ketua pasukan konvoi blogger Media Wahana berkata, objektif utama konvoi diadakan adalah untuk memperkenalkan jenama SYM kepada orang ramai yang masih kurang mengenalinya setelah hampir genap empat tahun penubuhan syarikatnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Gambar: Peserta konvoi Media Wahana (kiri) menyampaikan risalah produk motosikal SYM kepada orang ramai di perkarangan Kompleks Bukit Jambul.
 
“Secara umumnya, konvoi ini bertujuan untuk mendedahkan kepada orang ramai mengenai kelebihan dan ciri-ciri keselamatan yang ada pada motosikal SYM yang terbukti mampu mengatasi kejadian ragut dan rompak yang sering melibatkan golongan pelajar Sekolah dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

“Selain itu, ia nya juga mampu mendidik golongan remaja agar menunggang motosikal di jalan raya dengan selamat, sekaligus dapat membanteras gejala tidak sihat seperti lumba haram.

Gambar: Peserta konvoi Media Wahana bergambar kenangan ketika menunggu lampu isyarat merah.

“Program ini juga secara tidak langsung dapat membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengurangkan kadar kegiatan jenayah yang sering menjadikan orang awam sebagai mangsa tanpa mengira bangsa, jantina, pangkat dan umur.” Katanya.

Sebanyak 12 buah motosikal skuter SYM dari kelab SYM Fans Team (SFT) turut sama hadir pada 3 Disember yang lalu untuk memberi sokongan kepada peserta konvoi blogger Media Wahana dalam misi memperkenalkan jenama SYM kepada orang ramai.

Konvoi yang bermula dari kilang pemasangan motosikal SYM di Bukit Mertajam telah dirasmikan oleh Pengurus MForce Bike Holdings Sdn. Bhd., Pallmon Neoh Kok Boon, sambil disaksikan oleh puluhan kakitangan kilang tersebut.

Gambar: Pallmon Neoh Kok Boon (kiri) bergambar kenangan bersama Marshall Kelab SFT di perkarangan kilang MForce Bike Holdings Sdn. Bhd., Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Sementara itu, Pengurus MForce Bike Holdings Sdn. Bhd., Pallmon Neoh Kok Boon ketika ditemui berkata, beliau amat mengharapkan konvoi ini berjaya.

“Saya amat mengharapkan konvoi ini berjaya kerana tujuan utama kita adalah untuk memperkenalkan jenama SYM kepada orang ramai.” Jelasnya.

Konvoi pada hari tersebut juga telah memberi satu pengalaman yang amat bermakna kepada semua peserta konvoi dan pihak MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. kerana telah berjaya memperkenalkan jenama SYM kepada semua lapisan masyarakat di sekitar Pulau Mutiara tanpa mengira bangsa dan agama.

Jumlah keseluruhan motosikal yang terlibat dalam konvoi adalah sebanyak 19 buah motosikal yang terdiri daripada Evo250i, VTS200, Symphony 150SR dan Mio100 telah bersama-sama berkonvoi ke Kompleks Bukit Jambul, pasar raya Tesco Extra Sungai Dua, Persiaran Gurney dan Padang Kota Lama untuk memperkenalkan jenama SYM kepada orang ramai.

Gambar: Pembantu Pengurus Perkhidmatan SYM, Aerdy Herman (dua dar kiri) memberi penerangan kepada orang ramai mengenai motosikal SYM Mio100.

Pengurus Bahagian Perkhidmatan SYM, Asri Ahmad ketika ditemui berkata, sasaran utama kawasan konvoi pada 3 Disember lalu adalah di Padang Kota Lama.

“Kita berkonvoi ke Padang Kota Lama pada hari tersebut adalah untuk mengadakan pameran motosikal SYM, ‘test-ride’ motosikal SYM dan edar risalah produk motosikal SYM kepada orang ramai yang hadir menyaksikan perlumbaan motosikal sempena Petronas Cup Prix pusingan ke-10.

“Kehadiran peserta konvoi di kawasan tersebut juga telah memberi 1001 kejutan dan persoalan kepada orang ramai yang asyik bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan untuk mengenali dengan lebih dekat mengenai jenama SYM.” Katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kelab SFT, Ku Salim Ku Long berkata, program kerjasama antara MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. dan Media Wahana merupakan satu tindakan yang positif untuk memperkenalkan jenama SYM kepada orang ramai.

Gambar: Sususan kemas motosikal SYM di perkarangan Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang.

“Tindakan untuk mengadakan konvoi seperti ini merupakan satu perkara yang terbaik untuk memperkenalkan jenama SYM ketika di jalan raya dan tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai.

“Sebagai pengguna motosikal SYM, saya merasakan keselesaan dan kepuasan ketika menunggangnya di jalan raya. Tambahan pula penggunaan minyak petrol yang sungguh menjimatkan untuk jarak perjalanan yang jauh dan dekat.

“Bagi pendapat saya, konvoi ini harus diteruskan ke kawasan pendalaman dan luar bandar pula agar dapat diperkenalkan lagi kepada orang ramai kerana harganya juga berpatutan dan mampu dimiliki.” Katanya.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan