Sukan Sea: Wartawan Malaysia Terima Layanan Buruk


Gambar: Rakyat Indonesia yang menimbulkan provokasi terhadap Malaysia pada hari perlawanan bola sepak Harimau Muda membaham Garuda.

Terlebih dahulu saya mohon maaf jika tulisan ini menggores hati sesetengah pihak. Tapi itulah kenyataan yang terpaksa wartawan Malaysia alami ketika membuat liputan di sini.

Sehingga ketika penulisan ini dibuat, wartawan Malaysia menerima layanan buruk penganjur dan ada sampai ke satu tahap, kesabaran tidak dapat lagi dibendung sehingga ada yang mahu bertumbuk.

Saya sendiri tidak tahu mengapa, rakyat Indonesia seperti kelihatannya terlalu antikan rakyat Malaysia.

Apa sebenarnya yang rakyat Malaysia lakukan kepada mereka?. Katanya serumpun tapi di sebalik semuanya itu terlindung sesuatu yang tersembunyi.

Ratusan ribu rakyat Indonesia mencari rezeki di Malaysia, majoritinya diterima, kecuali ada kes-kes terpencil yang dilaporkan menerima layanan buruk.

Malah tidak kurang juga dari kalangan mereka terbabit dalam jenayah.

Saya sakit hati apabila penyokong Indonesia cuba menimbulkan provokasi terhadap atlet Malaysia yang turun bertanding. Mereka lebih rela menyokong atlet negara lain sebaliknya melontarkan kata-kata cemuhan dan ejekan kepada atlet Malaysia.

Inilah yang saya amat kesalkan.Malaysia dan Indonesia adalah rumpun Melayu paling dekat dengan bahasa dan budayanya hampir serupa.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 Komen :

  1. Mereka tidak tau tu wahai saudara ..org mcm ni mempunyai pemikiran y amat sempit, owg kita kata bagai katak dalam tempurung, aku bangga jadi rakyat Malaysia, ape2 hal @kekalutan kita tak mudah melatah,malah menghormati adat dan budaya bangsa lain.tak macam indon sih...

    BalasPadam
  2. aku bangga jadi rakyat Malaysia!!!
    Ney la kuasa Allah, sejahat mana pun depa buat kat negara kita, Allah tetap di pihak kita..
    Takbir3x!!!

    BalasPadam
  3. next year mlaysia akn jadi host untok aff suzuki...aku harap kita x balas ape yg diorg bwat....biarkn aje...jadila penganjur yg trbaik....tnjukkan pade dunia yg rakyat mlaysia punyer mentaliti is higher....

    BalasPadam