Wira SYM Selamat Pulang Ke Tanah Air


Gambar: Wira SYM bergambar kenangan setelah berjaya menamatkan konvoi ke lima buah negara.

Sungai Dua-

Seramai lapan peserta konvoi dari kelab motosikal skuter berkuasa tinggi SYM Malaysia Bikers Club (SMBC) telah berjaya menamatkan konvoi ke lima buah negara yang telah berlangsung selama 12 hari bermula 29 Julai yang lalu.

Timbalan Pengerusi Kelab SMBC, Omprakash, ketika ditemui berkata, konvoi buat pertama kali diadakan ke lima buah negara ini memberi pengalaman yang amat bermakna.

"Perjalanan konvoi kami kurang sempurna ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia kerana kami mengalami kemalangan kecil di beberapa tempat.

"Walaupun begitu, kami telah berjaya membuktikan bahawa motosikal SYM EVO250i mampu tempuhi perjalanan sejauh 7500km dan ia sekaligus membuktikan bahawa motosikal SYM amat berkualiti.


Gambar: Sebahagian ahli kelab SMBC bergambar kenangan.

"Tujuan Konvoi kami ke 5 buah negara Asia ini adalah untuk menguji ketahanan motosikal EVO250i samada ia mampu menempuh perjalanan sejauh 7500km ataupun sebaliknya.

"Hasil yang kami perolehi adalah ternyata bahawa motosikal SYM ini mampu tempuhi perjalanan yang jauh dan menjimatkan minyak.

"Ini memberi pengalaman yang amat bermakna dalam hidup saya kerana dapat berkonvoi ke lima buah negara Asia, menguji motosikal SYM sambil mengibar bendera Malaysia di lima buah negara Asia sempena bulan kemerdekaan." Katanya semasa ditemui dekat Plaza Tol Sungai Dua.

Turut hadir memberi semangat dan sokongan kepada peserta-peserta konvoi adalah sebahagian dari ahli kelab SMBC dan ahli kelab SYM Fans Team (SFT).
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan