Pasukan RELA Terima Anggota Baru



Georgetown-

Seramai 33 anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) negeri Pulau Pinang telah berjaya menamatkan kursus Sistem Kawalan Setempat (SKS) peringkat daerah Timur Laut yang telah berlangsung selama dua hari di Pos Operasi RELA dekat Waterfall, Pulau Pinang.

Pengarah RELA Negeri Pulau Pinang, Kolonel Romli Ibrahim, semasa ucapan perasmian Kursus Sistem Kawalan Setempat dan Palancaran Platun Motosikal SYM (Sanyang Motor) berkata, program yang diadakan ini adalah kesinambungan daripada kempen 1 Kampung 1 Taman.

“Penggunaan motosikal SYM dalam pasukan RELA merupakan simbol yang menarik untuk memberi tarikan kepada golongan usahawan dan syarikat swasta untuk menyertai pasukan RELA.

“Syabas kepada Syarikat SYM kerana merekalah syarikat swasta yang pertama melibatkan diri dalam pasukan RELA.

“Saya yakin penglibatan syarikat swasta seperti SYM ini dapat menguatkan lagi pasukan RELA disamping dapat menambah keahlian anggota yang lebih ramai.

“Sehingga kini, pasukan RELA negeri Pulau Pinang mempunyai bilangan anggota seramai 80ribu orang dan di daerah Timur Laut sahaja pasukan RELA seramai 22ribu orang.

“Jumlah keseluruhan anggota RELA di Malaysia adalah seramai 26juta orang.” Katanya.

Tambahnya lagi, program SKS yang diadakan ini bukan sahaja menekankan kepada aspek keselamatan, malah memberi perhatian yang lebih serius terhadap keupayaan ketahanan diri dan fizikal yang lebih kuat.

“Setiap anggota RELA mestilah mempunyai ketahanan diri dan fizikal yang kuat, baru boleh tempuhi sebarang ancaman, jenayah dan keadaan darurat.

“SKS yang diadakan ini adalah sebagai tanggungjawab kepada anggota RELA untuk bergerak ke kawasan-kawasan tertentu agar dapat mengesan musuh dan penceroboh.

“Penglibatan Platun Motosikal SYM yang mempunyai 33 orang ahli merupakan kejayaan kepada pasukan RELA daerah Timur Laut untuk menguatkan lagi sebuah pasukan keselamatan disamping membantu pasukan keselamatan negara mencegah jenayah.

“Kita juga akan mencari Duta kecil dalam pasukan RELA untuk membawa perkara-perkara yang berlaku agar memberi kesedaran kepada semua anggota RELA supaya mempunyai sikap jangan lihat sahaja jenayah, lapor kepada pihak tertentu.” Terangnya.

Jelas beliau lagi, seribu ahli pertama yang menyertai pasukan RELA akan mendapat insurans percuma sebagai alternatif kepada tarikan anggota RELA yang baru.

“Pasukan RELA turut memberi wang insurans kepada sebuah keluarga anggota RELA dekat Bukit Mertajam sebanyak RM22ribu kerana telah meninggal dunia baru-baru ini.

“Turut mendapat nilai insurans yang sama kepada seorang anggota RELA, Goh Kah Lork yang terlibat dalam kemalangan.” Katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Pengarah Besar Syarikat SYM, Pallmon Neoh Kok Boon, Pengedar Motosikal SYM, T.T.Lim, dan Leftenan Kol. Ismail Saaid.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan