Motorsikal SYM Catat Rekod Pertama Malaysia Jelajah 5 Negara



Georgetown-

Seramai lapan ahli kelab permotoran skuter kuasa tinggi telah melibatkan diri dalam aktiviti konvoi ke lima buah negara iaitu Malaysia, Thailand, Cambodia, Vietnam, dan Loas yang bermula dari Pulau Pinang.

Konvoi yang berlepas dari perkarangan kedai pengedar motorsikal Sanyang Motor (SYM), Kent-win Motor Enterprise dekat Pulau Pinang telah dirasmikan oleh Pengarah Syarikat SYM, Tan Lean Heah.

Pengarah program, Omprakash, ketika ditemui berkata, konvoi ke lima buah negara adalah bertujuan untuk menguji motorsikal SYM model Evo250 setelah berjaya mengujinya sehingga ke negara gajah putih beberapa kali.


Gambar: Pengarah projek, Omprakash (kanan), Pengarah Syarikat SYM, Tan Lean Heah (tengah), Pengurus Kedai Kent-Win Motor Enterprise, T.T.Lim (kiri).

“Perjalanan konvoi yang menghubungkan Malaysia sehingga ke Laos telah mencatatkan sejarah pertama bagi syarikat SYM kerana jarak perjalanan kami adalah sejauh 7500 kilometer.

“Konvoi yang mengambil masa selama 12 hari ini adalah bertujuan untuk menguji ketahanan engin motorsikal Evo250 samada ia mampu menahan kepanasan dan lasak atau sebaliknya.

“Sebelum ini, kami telah berkonvoi ke negara Thailand dibawah kelab SYM Malaysia Bikers Club (SMBC) untuk tujuan yang sama sambil melawat tempat-tempat pelancongan dan bersejarah.

“Sambil berkonvoi menjelajah beberapa buah negara, kami akan mengibarkan bendera Malaysia sebagai tanda kebanggaan rakyat Malaysia yang akan menyambut hari Kemerdekaan tidak lama lagi.” Katanya.


Gambar: Pengarah Syarikat SYM, Tan Lean Heah (kiri) merasmikan pelepasan peserta konvoi.

Pengarah Syarikat SYM, Tan Lean Heah berkata, aktiviti konvoi ini adalah satu kejayaan yang baru bagi rakyat Malaysia yang akan mengibarkan bendera Malaysia di beberapa negara Asia.

“Ini adalah satu kejayaan dan sejarah yang baru bagi rakyat Malaysia kerana menggunakan motorsikal SYM yang memulakan perjalanan dari Malaysia sehingga ke beberapa negara Asia.

“Semangat kemerdekaan tidak pernah luntur dari peserta-peserta kemerdekaan walaupun sanggup berkonvoi ke lima buah negara Asia sambil menguji ketahanan motorsikal Evo250.

“Sekiranya motorsikal Evo250 ini berjaya mengharungi lima buah negara Asia, mungkin kita akan meminta kelab-kelab yang ada di Pulau Pinang untuk mencuba aktiviti yang sama dengan menunggang motorsikal VTS200 pula.

“Syabas kepada lapan ahli kelab permotoran skuter kuasa tinggi dari kelab SMBC yang telah berjaya mencatat sejarah pertama bagi Syarikat SYM sekaligus mencatat sejarah baru bagi pengguna motorsikal skuter yang pertama di Malaysia berkonvoi ke lima buah negara Asia.” Katanya.


Gambar: Pengerusi Kelab SMBC, Rosli (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Pengarah Syarikat SYM, Tan Lean Heah (kiri).

Pengurus Kedai Kent-Win Motor Enterprise, T.T.Lim, Katanya, “ini merupakan impian Pengarah Syarikat SYM setelah sekian lama terpendam. Hari ini juga merupakan hari yang paling bermakna bagi beliau kerana impian beliau telah tercapai untuk menguji ketahanan motorsikal SYM di lima buah negara Asia.

“Kesempatan yang digunakan oleh peserta konvoi untuk menguji motorsikal SYM sambil mengibar bendera Malaysia adalah satu perkara yang patut dicontohi semua lapisan masyarakat kerana ia menggambarkan kejayaan rakyat Malaysia di negara luar”, Jelasnya.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan