Promosi

Promosi
Himpunan BERSIH Di Stadium Merdeka

Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga mengumumkan bahawa pihaknya akan berhimpun di Stadium Merdeka pada 9 Julai ini mulai jam 2 hingga 4 petang.

NONE

"BERSIH 2.0 bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana jua pihak bagi memastikan perhimpunan ini berjalan dengan aman dan lancar," katanya pada sidang media di ibu negara pagi ini.

Sehubungan itu, Ambiga juga menuntut pihak berkuasa menghentikan segala hambatan dan tekanan pihak berkuasa ke atas penyokong sejak minggu lalu dan berterusan sehingga hari ini.

Tidak kurang 100 orang termasuk wakil rakyat dari Pakatan ditangkap dan ditahan kerana memiliki dan memakai baju BERSIH. Malah ada juga yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat kerana dsidakwa terbabit dengan gejala subversif.

NONEAmbiga juga mahu semua yang ditahan itu dibebaskan pada kadar serta merta.

Bekas presiden Majlis Peguam itu juga berkata pihaknya telah mempersembahkan kenyataan dan pendirian mereka dalam pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Tuan Mizan Zainal Abidin semalam.

Kenyataan dan pendirian tersebut adalah :

  • BERSIH 2.0 menerima tawaran kerajaan untuk mengadakan rapat umum di stadium. BERSIH 2.0 berharap polis memberi kerjasama untuk memastikan perhimpunan berjalan lancar. Wakil BERSIH 2.0 tidak melebihi 10 orang akan menyerahkan satu memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

  • Kerajaan mesti menunjukkan 'niat baik' (good faith) dengan membebaskan semua yang telah ditahan termasuk individu-individu yang ditahan di bawah Ordinan Darurat dan memberhentikan tekanan, gangguan serta halangan kepada penyokong BERSIH 2.0
  • Menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk pembaikan sistem dan proses pilihan raya.

Dalam kenyataan yang dibacanya, Ambiga turut mengulas mengenai tuntutan pihaknya berhubung penubuhan suruhanjaya diraja bagi mengkaji tuntutan BERSIH yang mendesak pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini.tersebut.

azlanKatanya suruhanjaya itu ditubuhkan untuk mengkaji secara menyeluruh kelemahan-kelemahan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan mencadangkan penambahbaikan kepada sistem dan proses pilihan raya yang sedia ada.

"Suruhanjaya ini hendaklah dianggotai mereka yang berkaliber dan mewakili semua pihak yang berkepentingan," katanya.

Selain lapan tuntutan utama BERSIH, Ambiga yang juga seorang peguam mendesak agar keenam-enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) mesti dibebaskan serta-merta atau di hadapkan ke mahkamah.

"Pendakwaan terhadap mereka yang ada kaitan dengan BERSIH 2.0 (perlu) ditarik balik atau digugurkan," katanya.

Tiada ulasan