Promosi

Promosi
Selebriti Akan Serah Borang Ahli PAS

SELEBRITI SERTAI PAS?

TASEK GELUGOR-

Himpunan 30 ribu Pemuda PAS Kedah yang akan diadakan pada 19 Februari ini akan memberi satu kejutan besar.

Demikian dinyatakan oleh Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar ketika ditemui selepas majlis perasmian pelancaran amanat pilihan raya umum ke-13 kepada Pemuda PAS Pulau Pinang bertempat di markas PAS Pongsu Seribu semalam.

Dalam pertemuan tersebut beliau juga mengatakan seorang selebriti terkenal negara yang begitu popular akan menyerahkan borang menyertai PAS.

Ini akan memberi kejutan dan tamparan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) yang selama ini mendakwa mereka mendapat sokongan padu semua golongan masyarakat.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Jerai, turut menyatakan himpunan yang akan diadakan nanti adalah sebagai kesinambungan untuk meneruskan agenda perjuangan PAS untuk menggerakan Pemuda PAS supaya lebih efisien dalam gerak kerja menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Sebagai sebuah parti yang telah siap sedia untuk menggantikan Umno sebagai peneraju pentadbiran negara dan juga sebagai parti yang mampu membela nasib orang Melayu dan juga bukan Melayu, maka gerakan ini menjadi pemangkin kepada kekuatan yang ada.

"Kita optimis himpunan ini akan melebihi sasaran yang kita tetapkan berdasarkan komitmen yang ditunjukkan oleh generasi muda terhadap kepimpinan PAS selepas pilihan raya 2008 yang lalu," ujarnya lagi.

Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain dan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah serta barisan kepimpinan Pemuda PAS Negeri.

harakahdaily-

Tiada ulasan