Promosi

Promosi
Ikan Kembung Percik


RESIPI IKAN KEMBUNG PERCIK

Bahan-bahan:

5 ekor ikan kembung
13 ulas bawang merah - ditumbuk
1 cm halia - ditumbuk
Sedikit belacan
Santan pekat daripada sebiji kelapa
Gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa

Cara Menyediakan:

1. Gaulkan ikan yang siap disiang dan dikelar dengan sebahagian daripada bahan-bahan.

2. Perap sebentar.

3. Campurkan santan dengan belacan, baki bahan tumbuk, garam, gula dan serbuk perasa, kemudian didihkan hingga pekat.

3. Bakar ikan hingga masak, siram dengan kuah dan bakar lagi.

4. Ulangi proses ini beberapa kali supaya kuah bersalut dan meresap ke dalam ikan bakar.

Tiada ulasan