![]() |
Gambar Hiasan |
ALOR SETAR –
Seorang remaja perempuan berumur 20 tahun sanggup menjadi pelacur walaupun
disahkan hamil empat bulan.
Dia antara
tiga remaja perempuan lain yang berumur antara 17 hingga 22 tahun yang ditahan
dalam satu ops noda yang dilakukan sepasukan anggota polis dari Jabatan
Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis
Kontinjen (IPK) Kedah, awal bulan lalu.
Ketua Turus
D7 IPK Kedah, Asisten Superintenden, Saari Yaacob berkata, serbuan dilakukan di
sebuah rumah tumpangan di Taman Bahagia, di sini setelah mendapat maklumat dari
orang ramai.
Katanya,
hasil intipan yang dilakukan, mereka (pelacur) akan menunggu seseorang di
kaunter tingkat bawah rumah tumpangan tersebut sebelum dibawa ke sebuah bilik.
“Ketika
serbuan dilakukan, kita mendapati mereka sedang bermesra bersama tiga lelaki
cina berumur 17 tahun hingga 40 tahun dalam keadaan bogel di bilik
masing-masing.
“Turut
dijumpai beberapa kondom yang sudah digunakan,” katanya kepada Media Wahana di
pejabat Turus D7 IPK Kedah, semalam.
Saari
berkata, semua yang terlibat ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Kota Setar untuk siasatan lanjut.
Katanya,
untuk kesalahan ini, mereka yang disyaki sebagai pelacur boleh disiasat dibawah
Seksyen 372 (A) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 15
tahun dan denda serta sebatan.
Bagi
kesalahan melanggan pelacur pula, mereka akan disiasat dibawah Seksyen 372 (B)
Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tidak melebih setahun atau
denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.
Sementara
itu, polis turut menahan dua perempuan cina dan seorang lelaki dalam serbuan
ops noda di sebuah hotel di Mergong baru-baru ini.
Saari
berkata, serbuan dijalankan berikutan mendapat maklumat orang ramai bahawa
terdapat kegiatan pelacuran di lokasi tersebut.
“Semua yang
terlibat dibawa ke IPD Kota Setar untuk siasatan lanjut,” katanya.
0 Komen :
Catat Ulasan