![]() |
Ahmad (dua,kiri) menunjukan barang rampasan |
ALOR SETAR –
Polis Kedah telah berjaya menahan empat lelaki warga tempatan dan seorang
lelaki warga Myanmar berketurunan India yang disyaki terlibat dalam kes
penculikan seorang kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun pada 25 September lalu.
Ketuanya,
Datuk Ahmad Ibrahim berkata, suspek yang berumur dalam lingkungan 20-an hingga
50-an itu ditahan di dua lokasi berbeza di Sungai Petani dan Alor Setar pada 28
September lalu.
Katanya, hasil
tangkapan itu, polis telah berjaya merampas dua buah telefon bimbit dan wang
tunai sejumlah RM349,700 hasil daripada ugutan suspek terhadap keluarga mangsa.
Bagaimanapun, suspek telah menggunakan RM300 daripada jumlah wang tebusan yang
diterima.
“Dengan tangkapan
dan rampasan barang kes yang dibuat dalam kes ini, pihak polis telah berjaya
melumpuhkan aktiviti penculikan kumpulan berkenaan dan mangsa telah berjaya
dibebaskan.
“Semua
suspek kini ditahan reman sehingga 4 Oktober depan dan akan disiasat dibawah
Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang memperutukan hukuman mati jika disabit
kesalahan,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis
Kontinjen (IPK) Kedah, semalam.
Ahmad
berkata, pada 26 September lalu, pihak polis telah menerima satu laporan
daripada seorang doktor yang mempunyai sebuah klinik pakar di sini berhubung
kehilangan anak lelakinya.
“Anak
lelakinya dipercayai hilang selepas tamat menghadiri kelas tambahan di sebuah
rumah di Kampung Pisang di sini kira-kira jam 10.00 malam.
“Sejam
kemudian, bapa mangsa yang berumur 47 tahun telah menerima panggilan telefon
daripada seorang lelaki yang mengatakan anaknya berada dalam tangan mereka dan
menuntut wang tebusan sebanyak RM500,000.
“Hasil
perbincangan keluarga mangsa dan suspek, nilai wang tebusan tersebut telah
dikurangkan kepada RM350,000 sebelum membebaskan mangsa,” katanya.
0 Komen :
Catat Ulasan