Pengedar Motosikal Sarawak Lawat Kilang SYM
Gambar: Pengarah Urusan SYM, Tan Lean Heah menerangkan kelebihan yang terdapat pada motosikal keluaran terbarunya Maxsym 400
Bukit Mertajam, Pulau Pinang-
Seramai 30 orang wakil pengedar motosikal dari Sarawak telah mengadakan lawatan ke kilang motosikal SYM kelmarin.
Kedatangan para tetamu disambut dengan penuh hormat oleh Pengarah Urusan SYM, Tan Lean Heah, COO SYM, Fabian Ong, Pengurus Besar SYM, Pallmon Neoh Kok Boon dan kakitangan-kakitangan SYM.
Gambar: Pengurus Besar SYM, Pallmon Neoh Kok Boon meyampaikan taklimat ringkas kepada para tetamu yang hadir
Lawatan dimulakan dengan tayangan video pengenalan produk Sanyang serta taklimat ringkas oleh Pengurus Besar SYM, Pallmon Neoh Kok Boon.
Bagi memeriahkan lagi aktiviti, para tetamu dibawa melawat ke bahagian logistik untuk melihat bagaimana motosikal baharu SYM EBonus dipasang.
Gambar: Para tetamu turut mengambil peluang untuk melihat bagaimana motosikal diselenggara di Pusat Servis Motosikal SYM
Para tetamu juga berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat motosikal terbaru SYM yang bakal dilancar pada bulan mei nanti iaitu Maxsym400 dan T2 250.
Lawatan yang penuh bermakna itu diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati dan sesi bergambar.
Gambar: Para tetamu bergambar kenangan bersama Pengurus Besar SYM, Pallmon Neoh Kok Boon, COO SYM, Fabian Ong dan Pengarah Urusan SYM, Tan Lean Heah
Gambar: COO SYM, Fabian Ong, menyampaikan cenderahati kepada wakil pengedar motosikal Sarawak
0 Komen :
Catat Ulasan