Minuman Halal Haram Tiada Sempadan


BELANJA RM1.5 BILION UNTUK ARAK?
Butterworth-

Kemunculan Malaysia sebagai negara yang menduduki tangga ke-10 peminum arak paling ramai di dunia, jelas meletakkan Malaysia sebagai negara lebih teruk dari negara-negara bukan Islam di seluruh dunia.

Dengan kedudukan itu juga, jelas melambangkan kegagalan Kerajaan BN yang ditunjangi Umno dalam mendidik rakyatnya tentang bahaya arak agar menjauhinya.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) turut menjelaskan, Malaysia telah membelanjakan US$500 juta (RM1.5 bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter, manakala penggunaan beer di Malaysia pula mencecah 11 liter per kapita.

Dengan kedudukan Malaysia di tangga ke-10 peminum arak tertinggi di dunia, jelas beliau, ternyata menunjukkan Kerajaan BN yang ditunjangi Umno tidak mengambil berat tentang perkara itu, walaupun ia akan mendatangkan kesan amat buruk kepada negara.

Tinjauan Wartawan Media Wahana di sebuah pasaraya dekat Butterworth mendapati arak diletakkan berhampiran makanan yang halal.

Seorang pembeli yang enggan dikenali berkata, tindakan premis berkenaan meletakkan arak berhampiran makanan halal jelas membuktikan pasaraya terbabit tidak mempunyai sikap bertanggungjawab.

“Mereka sepatutnya meletakkan arak di satu kawasan yang jauh dari makanan halal. Saya amat kesal dengan tindakkan pemilik pasaraya ini.

“Saya harap pihak bertanggungjawab mengambil tindakan kepada pasaraya berkenaan yang tidak mementingkan aspek halal haram.

“Perkara ini jelas terbukti menjadi punca Malaysia menduduki tangga ke-10 paling ramai di dunia kerana penjualan arak secara terbuka dan tidak terkawal.” Katanya.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan