Festival Kedah Sejahtera Dapat Sambutan Meriah
SUNGAI PETANI, Festival Kedah Sejahtera yang sedang berlangsung di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah, mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua lapisan masyarakat. Festival Kedah Sejahtera ini akan berlangsung selama tujuh hari (22 julai hingga 28 julai). Festival ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Disamping itu, Menteri Besar Kedah juga turut melawat gerai-gerai yang terdapat di Festival Kedah Sejahtera.
Terdapat pelbagai jenis pameran dan jualan yang menarik di Festival Kedah Sejahtera. Tidak ketinggalan, pelbagai agensi swasta dan kerajaan turur mengadakan pameran. Antara yang terlibat ialah, Jabatan Perikanan, BOMBA dan Penyelamat, Maxis, Celcom, dan sebagainya.
0 Komen :
Catat Ulasan