<div style='background-color: none transparent;'></div>
Home » » Bahulu Panas Berperisa

Bahulu Panas Berperisa







Sungai Petani, Kedah -

Kuih bahulu adalah sejenis kuih tradisional orang melayu. Secara amnya kuih bahulu terdiri daripada 3 jenis iaitu kuih bahulu kecil iaitu bahulu cermai, bahulu lapis, dan bahulu gulung. Bahulu lapis dan bahulu gulung agak sukar didapati dipasaran kerana perlu ditempah dari pembuat kuih tradisional.

Justeru, dengan semangat yang kental maka lahirlah sebuah keluarga di Kg. Bukit kecil, Sg. Petani yang tidak berputus asa mengusahakan kuih bahulu panas sejak tahun 2006 hingga kini. Perniagaan kuih bahulu panas ini diusahakan oleh dua beradik yang dikenali sebagai Puan Zazura Bt. Hj. Md. Akhir dan Puan Zanira Bt. Hj. Md. Akhir.

Mengikut sejarah awal, dua beradik ini memulakan perniagaan menjual kuih bahulu secara kecil-kecilan dengan mengambil kuih bahulu yang dibuat oleh pihak lain lalu dijual semula kepada pembeli dipasaran yang sedia ada.

Mereka juga turut menjual kuih bahulu tersebut kepada orang-orang kampung serta menjualnya di kedai-kedai kek dan roti yang berhampiran bagi menampung perbelanjaan harian. Berhubung dengan perniagaan kecil-kecilan seperti ini, mereka dapat menjadikan ianya sebagai pengalaman untuk membuka perniagaan sendiri dimasa hadapan kelak.

Setelah mengetahui cara-cara untuk menembusi pasaran dengan perniagaan kuih bahulu ini, Zazura dan Zanira berusaha bersungguh-sungguh untuk mempelajari cara membuat kuih bahulu agar kuih tersebut enak dimakan serta menjadi kegemaran orang ramai. Zanira turut memberitahu, “saya telah berusaha banyak kali untuk membuat kuih bahulu. Tetapi, kebanyakkan hasil usaha saya tidak menjadi kerana ada kuih bahulu yang siap dibakar menggunakan oven menjadi kembung, keras dan sebagainya.

Saya berusaha membuat kuih bahulu ini setiap hari dalam sebulan sehingga tidak tidur dimalam hari. Sehingga satu tahap, saya telah berputus asa untuk membuat kuih bahulu lagi kerana semua yang saya buat tidak menjadi. Setelah mencuba pelbagai cara dan kaedah untuk membuat kuih bahulu, akhirnya saya berjaya juga untuk membuat kuih bahulu yang sedap dan enak”.

Hujah beliau lagi, “saya juga ada menyediakan pelbagai jenis perisa kuih bahulu, antaranya perisa Pandan, Strawberry, Oren, Kopi dan Chips more. Munculnya idea untuk membuat resipi sebegini ialah ketika mendapat kata sepakat dari hasil perbincangan antara saya dan zazura apabila kami sedang mencari jalan penyelesaian untuk mencari pelanggan yang baru. Hasil dari perbincangan itu, kami berjaya memasarkan kuih bahulu ke pelbagai negeri, antaranya Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Perak dan sebagainya”.

Zazura ketika ditemubual berkata, “Sehingga kini, kami hanya mendapat bantuan modal dari Jabatan Pertanian Malaysia sebanyak RM10,000 sebagai bayaran untuk membeli mesin membakar bahulu. Malangnya, pelbagai cara telah kami gunakan untuk mencari modal pusingan, namun tidak berdaya. Saya dan zanira juga turut membuat rayuan dari MARA dan TEKUN, tetapi tidak berjaya.

Pada suatu hari, saya telah pergi ke Parlimen untuk membuat rayuan mencari modal pusingan untuk memajukan perniagaan kuih bahulu ini, namun tidak diperdulikan rayuan dan permintaan yang kami lakukan. Oleh itu, terpaksalah kami mencari modal pusingan dengan menggunakan wang simpanan serta meminjam wang dari ayah (Haji Md. Akhir). Terdapat tiga mesin yang diperlukan untuk mengacau tepung yang berkapasiti untuk 5kilogram dan 10kilogram. Setiap satu mesin ini bernilai RM 1,500. Kami membeli mesin-mesin ini menggunakan wang simpanan saya, Zanira dan ayah kerana kami tidak berjaya mendapat bantuan dari MARA, dan TEKUN”.

“Antara jenis kuih bahulu yang kami buatkan adalah jenis ikan kecil, ikan besar dan kuih bahulu kecil (bahulu cermai). Disamping itu, kami turut menerima tempahan hantaran untuk Majlis Perkahwinan. Hasil gubahan hantaran yang kami reka akan dijual dengan harga RM18 hingga RM22 (Bergantung kepada jenis gubahan dan corak). Keenakkan kuih bahulu panas ini turut mendapat sambutan yang hangat dari golongan cina dan india. Hal ini kerana, golongan berbangsa cina dan india kerap membeli kuih bahulu dalam kuatiti yang banyak iaitu dalam kuatiti ratusan biji kuih bahulu.

Dalam hal ini, golongan berbangsa cina lebih gemar membeli bahulu berperisa berbanding india. Setiap satu biji kuih bahulu kecil (bahulu cermai) akan dijual dengan harga RM0.15 setiap satu, manakala kuih bahulu jenis ikan pula akan dijual dengan harga RM0.30 setiap satu. Kuih bahulu panas ini mendapat sambutan yang hangat mengikut musim, terutamanya pada musim perayaan, cuti sekolah dan perkahwinan”, hujah Zazura.

Zanira turut bekata, “ saya tidak pernah berfikir untuk menjual ilmu membuat kuih bahulu ini, tetapi saya akan mengajar membuat kuih bahulu dengan ikhlas kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajarinya. Sehubungan itu, terdapat beberapa golongan wanita yang berminat untuk mempelajari cara membuat kuih bahulu ini yang sanggup datang dari Perak, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur ke Sg. Petani, Kedah. Ilmu yang saya berikan tidak pernah sesekali saya meminta balasan, ganjaran atau wang dari sesiapa yang mempelajarinya. Saya hanya memberi masa tiga hari sahaja kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari cara membuat kuih bahulu ini.”

Hujah Zanira, “Zaman sekarang memang susah untuk maju. Apa-apa sahaja yang kita mahukan dan hendak kita lakukan mestilah mempunyai wang terlebih dahulu. Memandangkan banyak harga barang telah naik, ini menjadi satu faktor untuk saya menaikkan harga barang. Namun, saya masih mengira harga sebiji kuih bahulu dengan harga yang lama.

Saya amat kecewa kerana dengan kenaikkan harga barang, ia menjadi satu faktor penghalang untuk saya mendapatkan barang-barang keperluan yang mencukupi untuk membuat kuih bahulu seperti tepung, gula dan telur. Barang-barang tersebut adalah barang keperluan asas untuk membuat kuih bahulu. Jika terkurang sedikit bahan-bahan berikut maka tidak terhasillah kuih bahulu dengan sempurna”.

Kepada sesiapa yang ingin membuat pesanan dan tempahan kuih bahulu panas ini, anda boleh datang terus ke alamat 16 A, Kampung Bukit Kecil, Simpor, 08600 Sg. Petani, Kedah. Sebarang pertanyaan dan persolan sila hubungi talian 017-4119716 (Zazura) dan 017-4377269 (Zanira).



Share this article :

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

aku nak sejarah bahulu..bukan sejarahorang buat bahulu =="..lu langsi lu mati ...

Catat Ulasan

 
Copyright © 2011. Media Wahana . All Rights Reserved
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Modify by Creating Website. Inpire by Darkmatter Rockettheme Proudly powered by Blogger